Jaminan Kualiti
Air Minuman
LANGKAH PERTAMA
1. Pemilihan dan
Pengawalan Sumber
Air Minuman Osmosis Berbalik diambil dari air yang dirawat secara perbandaran. Kualiti air sumber diuji dan disahkan secara berkala oleh pihak dalaman dan pihak ketiga, untuk menjamin kebersihan.
Langkah keDua
2. Penapisan Awal
Air mentah ditapis melalui penapis pasir dan penapis karbon teraktif untuk mengeluarkan enap cemar, pasir, bau dan rasa yang tidak menyenangkan.
Langkah keTiga
3. Penapisan
Perantaraan
Penapisan dengan katrij penapis berkadar 5 dan 1 mikron bertindak sebagai 4 penapis penggilap untuk mengeluarkan partikel dan kekotoran.
Langkah keEmpat
4. Penyimpanan dan
Pengawalan Air
Air yang telah ditapis dan diproses masuk kemudiannya disimpan di dalam tangki penyimpanan. Sampel air yang diproses masuk akan dikumpul setiap hari untuk ujian kimia dan ujian fizikal bagi memastikan kualiti air menepati keperluan sebelum diteruskan dengan 5 rawatan yang berikutnya.
Langkah keLima
5. Proses
Osmosis
Berbalik
Air akan dipindahkan ke proses Osmosis Berbalik dengan kelengkapan 0.0001 membran separa telap mikron. Proses tersebut bertujuan untuk menyingkirkan sejumlah besar bahan kimia bukan organik (seperti garam, logam dan mineral), trihalomethanes (THM’s), racun perosak, pelarut dan bahan organik yang volatil.
Langkah keenam
6. Pensterilan UV
Air yang bergerak melalui penapisan mikro bersepadu dan proses pembasmian kuman ultraungu akan membunuh bakteria yang ada di dalam air. Kesan gabungan penapisan mikro bersepadu dan pensterilan UV memberi jaminan tambahan kepada keselamatan produk.
Langkah ketujuh
7. Kawalan Pembotolan
Pembotolan dijalankan di bawah keadaan yang terkawal menggunakan kelengkapan terkini. Ujian calitan mikrobiologi dijalankan untuk mengawal kebersihan bakteria pada jentera pembotolan dan kebersihan alam sekitar.
Langkah keLapan
8. Kawalan
Pembungkusan
Pembungkusan dijalankan dengan menggunakan peralatan moden. Botol dan penutup direndam dengan air yang telah dirawat sebelum diteruskan dengan proses pembotolan. Ujian calitan mikrobiologi dilaksanakan untuk mengawal kebersihan bakteria pada bahan pembungkusan kritikal. Bahan yang tidak memenuhi ketetapan dan keperluan yang telah ditetapkan, akan ditolak.
Pensijilan Kualiti Kami
Hubungi Kami
Kami mengalu-alukan pertanyaan serta maklum balas dari anda! Hanya lengkapkan ruangan dibawah.

